1 | "Ya Allah Ya Tuhan Kami, Sempena Meraikan Majlis Perkahwinan Kami memohon restu-Mu agar berkatilah majlis ini, limpahkan berkat dan rahmatilah pasangan suami isteri ini, Jadikanlah rumah tangga mereka bahagia dalam ketaatan terhadap-Mu, Kurniakanlah kepada mereka zuriat yang soleh dan solehah serta berikanlah kepada mereka ketenangan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat. Sempurnakanlah agama mereka dengan berkat ikatan ini. Amin Ya Rabbal Alamin." |
2 | Firman Allah S.W.T. Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, "Sebahagian daripada tanda-tanda (kebesaran Allah) diciptakan-Nya jodoh-jodoh untuk kamu sendiri supaya kamu menghayati kehidupan yang tenteram dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang, Sesungguhnya yang demikian menjadi pelajaran bagi orang-orang yang berfikir." (Surah Al-Rum, ayat 21) |
3 | "Ya Allah Ya Tuhan Kami, Jadikanlah pasangan pengantin ini zuriat yang sempurna, soleh dan solehah. Lapangkanlah rezeki pasangan ini semoga hidup dalam keadaan yang harmoni dan bahagia sepanjang hayat mereka. Amin Ya Rabbal Alamin." |
4 | "Ya Allah, Satukanlah hati kedua mempelai ini, seperti mana Engkau satukan hati Adam dan Hawa, Yusof dan Zulaikha, dan seperti Engkau satukan hati Muhammad S.A.W. dan Siti Khadijah, Kami memohon doa restu-Mu, berkatilah majlis kami ini dan semoga majlis kami ini, berjalan dengan sempurna sepertimana yang Kau kehendaki, Dan semoga jodoh perkahwinan berkekalan buat selama-lamanya sehingga ke akhir hayat." |
5 | "...Apabila seorang hamba telah bersuami / beristeri, dia telah menyempurnakan separuh agamanya, pada separuh yang lainnya hendaklah ia bertakwa kepada Allah S.W.T..." "...Ya Allah, berikanlah rahmat-Mu kepada pasangan suami isteri ini dengan kebahagiaan sehingga ke akhir hayat..." |
6 | ***Sabda Nabi Muhammad S.A.W.*** "Apabila berkahwin seseorang daripada kamu, maka sempurnalah separuh agamanya, maka hendaklah ia bertakwa kepada Allah S.W.T untuk selebihnya..." |
7 | Ya Allah Ya Tuhan Kami, Kami memohon doa restu-Mu, berkatilah majlis kami ini dan semoga majlis kami ini, berjalan dengan sempurna sepertimana yang Kau kehendaki, Dan semoga jodoh perkahwinan berkekalan buat selama-lamanya sehingga ke akhir hayat. -Amin Ya Rabbal Alamin- |
8 | "...Hawa dicipta dari tulang rusuk Adam, bukan dari kepalanya untuk dijadikan alasnya, melainkan dari sisinya untuk dijadikan teman hidupnya, dekat pada lengan untuk dilindunginya dan dekat dihati untuk dicintai..." |
9 | Beras Kunyit Kami Taburi, Air Mawar Di renjis Wangi, Berkembang Kasih Menabur Budi, Undangan Kami Setulus Hati, Harap Sudi Merai... |
10 | Renungan "Dan di antara tanda-tanda Kekuasaan Allah, bahawa Dia Mencipta Jodoh Untukmu dari (bangsamu) Bersenang-senang dan Merasa Tenteram kepadanya dan menjadikannya Di antara kamu rasa Kasih Sayang dan Hormat" (Surah Al-Rum, ayat 21) |
11 | Sabda Nabi Muhammad S.A.W. yang bermaksud, "Carilah rezeki dengan jalan menikah, Seburuk-buruknya kamu ialah yang membujang, Barang siapa yang menikah bererti dia telah diberi sebahagian ibarat." |
12 | Ya Allah Ya Tuhan Kami, Satukanlah hati kedua mempelai ini, __________________________ dengan pasangannya __________________________ seperti Engkau satukan, Nabi Adam dan Hawa, dan seperti Engkau satukan, Nabi Yusof dan Zulaikha, dan seperti Engkau satukan, Nabi Muhammad S.A.W. dan Saiditina Khadijah. |
13 | Ya Allah, Kami memohon doa restu-Mu, berkatilah majlis ini, limpahkanlah barakah dan rahmat ke atas _____________________ dengan pasangannya ____________________ jadikanlah rumah tangga mereka aman dan bahagia, dalam ketaatan terhadap-Mu, kurniakanlah kepada mereka zuriat yang soleh dan solehah, serta berikanlah ketenangan kepada mereka di dunia dan akhirat, sempurkanlah agama mereka dengan berkat perkahwinan ini. Amin |
14 | Ya Allah Ya Tuhanku, Seandainya telah Kau catatkan dia milikku, tercipta buatku, dekatkanlah dia padaku, satukanlah hatinya dan hatiku, titipkanlah kemesraan antara kami agar kebahagiaan itu kekal abadi, seiringkanlah kami dalam melayari bahtera perkahwinan, jadikanlah kami pasangan yang bahagia dan berkekalan buat selama-lamanya hingga ke akhir hayat dan kurniakanlah kami zuriat yang sempurna, beriman dan beramal soleh, sesungguhnya Engkau berkuasa stas segala sesuatu. Amin Ya Rabbal Alamin. |
15 | "Sesungguhnya apabila suami menatap isterinya dan isterinya membalas pandangan (dengan cinta dan kasih) Maka Allah menatap mereka dengan pandangan kasih sayang dan jika suami membelai tangan isterinya, maka dosa mereka jatuh berguguran di sela-sela jari tangan mereka." Diriwayatkan oleh Maisaran bin Ali dari Abu Said Al-Khudri |
16 | Ya Allah Ya Tuhan Kami, Andai Kau berkenan limpahkanlah kepada kami Cinta yang Kau jadikan pengikat rindu, Rasulullah dan Khadijah Al-Qubra yang Kau jadikan penghias keluarga Nabi-Mu yang suci. Ya Tuhanku Yang Maha Pengasih Andai semua itu tak layak bagi kami, maka cukuplah permohonan kami dengan redha-Mu, Jadikanlah kami suami isteri yang saling mencintai di kala dekat dan jauh, saling menjaga kehormatan di kala jauh, saling menghibur di kala duka, saling mengingat di kala bahagia, saling mendoakan dalam kebaikan dan ketakwaan, saling menyempurnakan dalam peribadatan. Ya Tuhanku Yang Maha Penyayang, Sempurnakanlah kebahagiaan kami dengan menjadikan perkahwinan kami ini sebagai ibadah kepada-Mu, dan bukti pengikutan dan cinta kami kepada sunnah Rasul-Mu, Sesungguhnya Kaulah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Amin Ya Rabbal Alamin. |
17 | Tidak perlu mencari teman secantik Balqis, Andai diri tidak sehebat Sulaiman, Mengapa berharap teman yang setampan Yusof, jika kasih tidak sekuat Hajar, dan mengapa didamba teman hidup yang sesempurna Muhammad jika ada keburukan pada diri, bimbingkanlah dirinya dan terimalah kekurangan itu sebagai keunikan. Carilah kebaikan pada dirinya. Bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya dan berdoalah dia milik-Mu... |
18 | Beras kunyit ditaburi, Air mawar direnjis wangi, Kembang kasih menabur budi, Undangan kami setulus hati, Harap sudi datang menyeri, Semoga Allah memberkati. Terima Kasih daripada kami dan raja sehari. |
PILIHAN MADAH DAN DOA
PILIHAN MADAH / DOA
Subscribe to:
Posts (Atom)
No comments:
Post a Comment